Tuesday, November 16, 2010

beza?

antara perbezaan raya haji dan raya puasa (sudut pandangan aku) :

1. kurangnya hiburan. lega la skit tv pun kurang hiburan, yg pelik nya asal raya puasa je banyak hiburan, padahal due2 patut disambut dengan penuh kesederhanaan, agar mendapat pahala. alhamdulillah raya haji kurang hiburan, moga hendaknya raya puasa begitu juga.

2. sales kurang. kalau ade pun, clearance stock sales, tapi bukan sebab raya. ok la tu, dapat jimat duit, dari membazir beli macam2 benda yang kita guna kadang2. dapat la hindarkan diri dari amalam syaitan kan?

3. mercun pun x dengar. kalau malam tu malam raya puasa, jangan harap lah nak tidur nyenyak kalau tidur kat bilik bawah. dengar bunyi meletup je malam tu. kan x elok ganggu ketenteraman awam, tu kan dah langgar adab terhadap jiran tetangga. lega betul raya haji x macam tu.

4. cuti yang sikit. situasi ni x apply kat budak2 sekolah, mungkin kat orang yang bekerja dan student2 universiti dan kolej. macam aku, esok je cuti. down gak la. tapi xpe, demi menuntut ilmu ke jalanNya, apa la sangat pengorbanan aku kan?

5. mesej hari raya x banyak. kalau raya puasa jenuh la mesej2 mintak maap sume dapat malam before raya. aku pun camtu gak. raya haji kurang kot. baru ade 2 org antar kat aku (nanti aku reply yek =)), ataupun sebab semua post "selamat hari raya haji" kat FB je ha?

6. ramai x balik kampung. ni ketara gak, sebab cuti sehari kan? pastu kawan2 yang kat luar negara dan juga "over the sea" pun x dapat balik, ada yang xda cuti langsung esok (owh, certain countries dah sambut raya arini). xpa, pape pun, biar jauh di mata, tapi keluarga tetap di hati kan? doa2 kan lah kesejahteraan ahli keluarga kita yang jauh di sana, moga2 di makbulkan Yang Maha Esa. inshaAllah.

moga raya kali ni memberi kita pelbagai pengajaran, dalam menghadapi hidup yang penuh pancaroba ini. sekali lagi, ucapan aidiladha aku sampaikan kepada semua muslimin muslimat di dunia ini. "Kullu Am Wa Antum Bi Khair" =)