Friday, January 14, 2011

numbering? ok, this is 2nd.

* tajuk tiada kaitan dengan entry (noktah). *

huh, awal2 semester ni, memang pening kepala sikit. bukan sebab sibuk, sebab pening tengok kawan2 amik, pastu tukar, pastu tukar lagi subject2 sume. last2, apa yang aku ambik, diorang pulak tukar. (huh, seb baik diorang tukar kepada subjek yang aku ambik gak, jadi no point la nak bengang) aku pulak? sem ni mungkin paling susah aku akan hadapi. bukan sebab calculus, bukan sebab subjek2 bisnes. sume tu aku dah lepas sebelum ni (kecuali macroeconomics yang akan diambil ketika summer nanti), Alhamdulillah, setakat ni result aku still on track (harapan untuk apply universiti top2 masih belum padam). cume lepas sem ni, baru aku rasa aku tau aku ni sebenarnya boleh bersaing at the top level or not. subjek aku maybe orang cakap x susah (linear algebra, physics 1, sociology, history) tapi yang 2 kat belakang tu, elektif aku yang pertama (sains pun elektif, tapi sebab aku memang latar belakang sains, jadi inshaAllah, minat tu akan datang nanti). elektif yang dua ni la yang samada tolong naik kan pointer CGPA aku, atau tolong drop kan balik. but in the end, all of that are knowledge. x kisah la macam mana pun result ak lepas ni, harap2 aku dapat belajar something daripada subjek2 ni (kalau gred bagus, tu bonus nama nya, sebab aku target lepas sponsor nye cut off point je). sejak akhir2 ni (awal tahun kot, xkan akhir2 lak?) aku macam dah lost track dari aku punya matlamat lak. matlamat aku? nak jadi aktuari. tapi cukup ke dengan sekadar menjadi aktuari, bergaji agak besar, mungkin kaya, duit boleh kasi kat mak ayah, but then macam mana dengan life aku sebagai daie' (pendakwah)? kalau bukan kepada orang lain pun, aku harap sangat yang aku still akan menjadi daie kepada diri aku sendiri, dan juga keluarga aku. haish, aku memang harap aku still dapat capai cita2 untuk menjadi seorang aktuari dan juga daei'. semoga aku x hangat2 taik ayam je.

kadang terfikir gak, layak ke aku ni bagi tazkirah? sebab orang pernah kata, kata2 boleh melambangkan peribadi seseorang itu. kalau die cakap pun main temberang je, peribadi die? putar belit gak la. tapi atas dasar 'kita semua pernah buat silap', jadi pabila kita nampak seseorang itu buat salah, kenapa x kita je yang tegur die? orang tu boleh je argue "ek eleh mamat bajet ni, ko pun buat benda same, kecoh pulak kan?" tapi kalau bukan kita, sapa lagi? kalau nak tunggu sampai kita buat benda baik je, baru tegur2, sampai ke tua la (sampai ke liang lahad kot), kita xkan tegur pe orang buat salah. pandang pada apa yang dituturkan, bukan pada si penutur nye. macam kita belajar jugak la kan, kalau lecturer tu memang x bagus pun, agak biased, bla bla bla ye pun, jangan la kita judge subject yang dia ajar tu, sebab yang x bagus nya dia (mungkin, atau kita je yang banyak kasi alasan), ilmu tu bagus. jadi, sukalah pada ilmu itu, bukan hanya suka pada orang yang mengajar ilmu itu, kang jadi lain pulak. konsep nya sama lah ngan teguran kan? jadi ni mungkin sedikit renungan, kalau ada orang dah baca (sebab aku pernah tag kat 'muka terbuku') baca lah lagi, yang x baca lagi, silalah kongsi dengan orang yang x baca lagi. ingat, jangan tengok aku, tengok pe yang aku tulis. here we go:

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (“I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB “Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” – Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” – Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB “Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.” – Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” – Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB “Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ? – Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” – Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB “… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” – Surah Yusuf ayat 12 

2 comments:

max'*bubble said...

lihat ape yg dikate
bkn siapa yg berkata
-pepatah arab

katakan yg benar walau ia pahit :')

Liana said...

Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ? – Surah At-Taubah ayat 111

aseef tp ana tak faham maksud ayat AQ ni. tolong explain. shukran.

salam